Satu episod baru

Bermula la satu episod baru bila melangkah ke sem yang baru...saya masih tidak mengerti dengan hati saya sendiri walaupun saya cuba untuk tidak terluka atau sakit lagi tapi hati saya nampaknya amat lali dengan sakit hinggakan asyik teringat saja bila fikiran melayang jauh dan hati sepi... Hidup penuh dengan dugaan yang terpaksa kita tempuh sama ada suka atau tidak. Saya yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap tangisan ada bahagianya dan setiap bahagia itu ada maksud yang tersurat yang kadangkala boleh membuat hati menangis sendiri tanpa disuruh. Hati ini rasa gembira bila sedih yang saya rasa itu adalah untuk Maha Pencipta saya tapi makin pedih bila saya sedih kerana sesuatu yang tidak patut. Hati rasa sangat bodoh dan berdosa. Coretan kali ini hanya untuk menghiburkan hati yang agak kesayuan pada pendapat saya. Sambil menulis ini juga saya tengah mendengar lagu yang sedih. Mungkin itu membuatkan saya ingin menulis tentang perkara yang sedih. Keadaan di sekeliling saya tidaklah menimbulkan suasana sedih dan saya amat bersyukur dengan itu.

              Terima kasih Maha Penciptaku...hmm...bagi saya bila saya tengah sedih atau rasa kosong saya akan berimaginasi sesuatu yang baik kan berlaku pada saya dan kadang2 ia amat mambantu tapi kadang2 tidak... Entahla..Saya selalu ingin yang baik2 saja terjadi dalam hidup saya tapi kalau sentiasa baik juga kita akan bosan kan. Segala yang berlaku dalam hidup saya , pasti akan saya hadapi dengan sebaiknya supaya saya tidak menyesal di kemudian hari..huhu...berhenti seketika di sini ye..entah bila hendak di upload..hmm.semoga kawan-kawan saya sentiasa gembira dan bahagia dan sihat di luar sana..!!ameen..
Jan 13, 2011
18:21

Comments

Popular posts from this blog

Dreams and fantasies

Kill me, heal me

New journey…