Posts

Showing posts from June, 2011

Satu kata

                 Salam buat semua yang singgah di blog ini. Baru-baru ini banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup saya. Ada yang sedih, ada juga yang gembira.                 Tanpa apa-apa petanda ,tiba-tiba adik saya jatuh sakit dan tidak diketahui puncanya. Hati mengeluh sendiri...hmmm...sejak saya pulang untuk cuti sem 3, adik saya masih belum sihat sepenuhnya sehingga hari saya menulis coretan ini. Coretan ini sekadar satu luahan hati saya yang ingin mencoretkan sesuatu. Banyak yang ingin diluahkan namun kata-kata bukanlah satu bentuk luahan yang sesuai.                 Benarlah kata orang, disebalik kesedihan yang ALLAH SWT kasi, adalah secalit kebahagian untuk diri ini. Mendapat keputusan yang agak baik memanglah harapan saya sejak dulu dan saya amat bersyukur kerana ALLAH SWT akhirnya memberi result yang baik untuk saya. Namun jauh di sudut hati saya, harapan saya supaya adik saya dapat sembuh sebelum saya pulang ke u semula. Semenjak saya

Hati.....

        Salam..sudah sekian lama ruangan ini tidak terusik.. Terasa hati banyak bicara cuma tidak terluahkan oleh kata dan tulisan..Di kala ini hati sakit lagi memikirkan tentang seseorang yang kadang kala muncul dalam ingatan.. Terima kasih buat teman yang sentiasa mengingatkan bahawa hati ini milik Maha Penciptaku jadi saya tidak boleh sewenang-wenangnya menyerahkan hati ini pada sesiapa namun fitrah manusia itu tidaklah dapat saya menolaknya.. Merindui seseorang yang jauh tapi dekat di hati merupakan penyakit hati yang sukar diubati melainkan jika hati itu sepenuhnya menjadi milik Yang Maha Esa maka hati itu pasti sihat. Saya akan berusaha mengubati penyakit hati saya kerana merindui seseorang yang tidak pasti merupakan sesuatu yang sia-sia sahaja melainkan dialah yang diciptakan untuk saya. Saya percaya pada perancangan Maha Pencipta saya kerana Dialah yang paling sayang pada saya. Kita memang harus percaya pada yang paling sayang pada kita keran