Satu episod baru
Bermula la satu episod baru bila melangkah ke sem yang baru...saya masih tidak mengerti dengan hati saya sendiri walaupun saya cuba untuk tidak terluka atau sakit lagi tapi hati saya nampaknya amat lali dengan sakit hinggakan asyik teringat saja bila fikiran melayang jauh dan hati sepi... Hidup penuh dengan dugaan yang terpaksa kita tempuh sama ada suka atau tidak. Saya yakin setiap yang berlaku ada hikmahnya. Setiap tangisan ada bahagianya dan setiap bahagia itu ada maksud yang tersurat yang kadangkala boleh membuat hati menangis sendiri tanpa disuruh. Hati ini rasa gembira bila sedih yang saya rasa itu adalah untuk Maha Pencipta saya tapi makin pedih bila saya sedih kerana sesuatu yang tidak patut. Hati rasa sangat bodoh dan berdosa. Coretan kali ini hanya untuk menghiburkan hati yang agak kesayuan pada pendapat saya. Sambil menulis ini juga saya tengah mendengar lagu yang sedih. Mungkin itu membuatkan saya ingin menulis tentang perkara yang sedih. Keadaan di sekeliling saya tidaklah...