Posts

Showing posts from June, 2011

Satu kata

Hati.....

Salam..sudah sekian lama ruangan ini tidak terusik.. Terasa hati banyak bicara cuma tidak terluahkan oleh kata dan tulisan..Di kala ini hati sakit lagi memikirkan tentang seseorang yang kadang kala muncul dalam ingatan.. Terima kasih buat teman yang sentiasa mengingatkan bahawa hati ini milik Maha Penciptaku jadi saya tidak boleh sewenang-wenangnya menyerahkan hati ini pada sesiapa namun fitrah manusia itu tidaklah dapat saya menolaknya.. Merindui seseorang yang jauh tapi dekat di hati merupakan penyakit hati yang sukar diubati melainkan jika hati itu sepenuhnya menjadi milik Yang Maha Esa maka hati itu pasti sihat. Saya akan berusaha mengubati penyakit hati saya kerana merindui seseorang yang tidak pasti merupakan sesuatu yang sia-sia sahaja melainkan dialah yang diciptakan untuk saya. Saya percaya pada perancangan Maha Pencipta saya kerana Dialah yang paling sayang pada saya. Kita memang harus percaya pada yang paling sayang pada kita kerana Dia tahu apa yang terbaik buat kita. Dan…