Satu kata

                 Salam buat semua yang singgah di blog ini. Baru-baru ini banyak peristiwa yang berlaku dalam hidup saya. Ada yang sedih, ada juga yang gembira.
                Tanpa apa-apa petanda ,tiba-tiba adik saya jatuh sakit dan tidak diketahui puncanya. Hati mengeluh sendiri...hmmm...sejak saya pulang untuk cuti sem 3, adik saya masih belum sihat sepenuhnya sehingga hari saya menulis coretan ini. Coretan ini sekadar satu luahan hati saya yang ingin mencoretkan sesuatu. Banyak yang ingin diluahkan namun kata-kata bukanlah satu bentuk luahan yang sesuai.
                Benarlah kata orang, disebalik kesedihan yang ALLAH SWT kasi, adalah secalit kebahagian untuk diri ini. Mendapat keputusan yang agak baik memanglah harapan saya sejak dulu dan saya amat bersyukur kerana ALLAH SWT akhirnya memberi result yang baik untuk saya. Namun jauh di sudut hati saya, harapan saya supaya adik saya dapat sembuh sebelum saya pulang ke u semula. Semenjak saya balik, dia masih belum sihat...hmmm.. Saya amat berterima kasih kepada Pencipta saya kerana mempercayai saya untuk mendapat keputusan yang baik. Saya percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. Saya yakin dengan ketentuanNya. Hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk keluarga dan adik saya. Saya cuma berharap adik saya akan kuat semangat menghadapi ujian ini..huhu..

Soal hati saya, saya ingin semuanya berakhir. Saya akan berusaha lagi kuat sem depan dan saya akan melupakan segalanya tentang dia. Segala yang terpendam akhirnya dapat saya luahkan meskipun ianya mungkin sekadar gurauan bagi dia. Saya tidak begitu kisah kerana saya akhirnya mendapat kekuatan untuk meluahkan segalanya. Saya doakan semoga dia mendapat kebahagian yang dia inginkan dan sentiasa berada dalam keredhanNya. Itu sudah cukup bagi saya. Oleh itu sekarang saya akan berusaha lebih kuat lagi untuk mendapatkan cinta Maha Pencipta saya. Hanya cinta kepada Pencipta cinta yang hakiki. True love!.

                Hujung bicara, terima kasih buat semua yang sentiasa bersama-sama saya menjalani perjuangan ini. Semoga ukhuwah ini kekal selamanya. Kita bersaudara kerana ALLAH SWT.
Kamsamida chingoo!!

Kata hati
12:52
May 26, 2011

Comments

  1. subhanallah.... sedikit kebahagian yang kita kecapi dan dapat sebelum ini diambil balik kerna kebahagian yang lebih besar untuk diberi kepada kita... Allah itu Maha Adil lagi Maha Penyayang.. ingatlah, Allah sentiasa akan menguji hambanya yang beriman kerna Allah tak mahu kita membawa sedikit dosa pun diakhirat nanti... ain, bersabar dn jangan putus asa.. kerna kita hidup bersulamkan keimanan....

    ReplyDelete
  2. tenkiu syra..salam ukhuwah..huhu..adik ain da keluar wad da..baru semalam..huhu..tq beri semngat kat ain..entry 2 da lme sbnrnya..huu...tq very much..

    ReplyDelete
  3. hurm, alhamdulillah.. lps lawat dia kat hospital aritu da x gi da umah farah.. hu8... urm... da nak kene balik uitm da mlm niey... adik da msk skolah balik ke??

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kill me, heal me

Dreams and fantasies

New journey…