Hati.....

        Salam..sudah sekian lama ruangan ini tidak terusik.. Terasa hati banyak bicara cuma tidak terluahkan oleh kata dan tulisan..Di kala ini hati sakit lagi memikirkan tentang seseorang yang kadang kala muncul dalam ingatan.. Terima kasih buat teman yang sentiasa mengingatkan bahawa hati ini milik Maha Penciptaku jadi saya tidak boleh sewenang-wenangnya menyerahkan hati ini pada sesiapa namun fitrah manusia itu tidaklah dapat saya menolaknya.. Merindui seseorang yang jauh tapi dekat di hati merupakan penyakit hati yang sukar diubati melainkan jika hati itu sepenuhnya menjadi milik Yang Maha Esa maka hati itu pasti sihat. Saya akan berusaha mengubati penyakit hati saya kerana merindui seseorang yang tidak pasti merupakan sesuatu yang sia-sia sahaja melainkan dialah yang diciptakan untuk saya. Saya percaya pada perancangan Maha Pencipta saya kerana Dialah yang paling sayang pada saya. Kita memang harus percaya pada yang paling sayang pada kita kerana Dia tahu apa yang terbaik buat kita. Dan satu hal yang pasti cinta itu milik Allah swt. Siapa kita untuk menyerahkan cinta kita pada orang lain yang belum tentu mencintai kita lebih dariNya?
                Persoalan itu kita harus jawab sendiri kerana kita lebih mengenali diri kita berbanding orang lain.. Saya ingin sekali menjadi seperti Ainul Mardiah kerana CintaNya pada ALLAH SWT sangat agung melebihi segala-galanya. Saya akan berusaha kearah itu supaya cinta saya juga sepenuhnya milik ALLAH SWT dan hati ini akan sembuh. Apabila berbicara soal cinta kerana ALLAH SWT, bayangan dia muncul di sanubari. Semoga saya akan mendapat jodoh seperti dia. Hati ini ingin sekali bayangan dia hilang dan hanya masa sahaja dapat merawatnya dan membawa memori itu hilang..akhir kalam..semua perkara hendaklah diniatkan kerana ALLAH SWT. Dia yang membuat rindu itu ada dan Dia jualah yang dapat menghilangkannya. InsyALLAH dengan mengingatiNya hati akan sembuh...saya yakin itu!!

Suara hati
1:57
March 18,2011

Comments

  1. ain, jangan biarkan setitik noda hitam merosakkan hati kita yang putih ni... jaga lah... hiasilah dengan iman dan takwa... Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.. jangan biarkan hati kita menjadi tempat permainan syaitan bersuka-ria.... jodoh pertemuan semuanya takdir Allah. andai kata masih jauh untuk kearah itu(perkahwinan) , lupakan dulu niat untuk mencari
    pasangan. bimbangkan dulu iman kita yang akan kita bawa ke dunia akhirat nanti... Insyaallah... kerna itulah bekalan yang PASTI. ain, kita tak mampu untuk jadi seperti rabiatul adawiyah, tapi jangan kita bersedih... sebab kita mampu untuk mencontohi seperti dia...

    ReplyDelete
  2. urm.. hati kita pown milik Allah.. hu8.. so mmg x der pilihan laen.. biar Allah jer yg ubatkan... it heels with time.. iA.. mula2 mmg seksa.. hu8.. trust me.. lama2 ilang la prasaan tuh.. coz kte x pasti pown kan.. itukah cinta??? urm.. x tau cinta yg sbnrnyer cammane...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kill me, heal me

Dreams and fantasies

New journey…