RSS

Sinergi


Sinergi merupakan novel yang saya tengah baca saat ini...novel yang memberi peluang kepada mata saya untuk mengalir buat sekian lamanya..hati terasa sebak dengan persahabatan yang ditunjukkan dalam novel ini..terasa adakah saya layak untuk mendapatkan seorang teman yang sentiasa mengingatkan untuk selalu melakukan sesuatu perkara untuk mendapat redha ALLAH.. Hati saya terasa terpanggil untuk menulis sesuatu..tiba-tiba petang ini tangan dan minda terasa seperti mendapat idea yang banyak..mungkin juga kerana sudah banyak titisan jernih yang keluar dari pelupuk mata..sudah lama saya menunggu saat untuk mata ini mengalirkan air mata.. akhir-akhir ini banyak kejadian yang berlaku dalam hidup saya tapi saya yakin dengan Maha Pencipta saya...semua yang berlaku ada hikmahnya dan semuanya adalah untuk kebaikan saya meskipun saya masih tidak nampak hikmah disebaliknya...
                Tema novel yang saya bace ialah ‘keimanan adalah paksi’..hmm..pada mulanya saya kira novel ini tidak begitu menarik tapi setelah makin lama saya bace dan saya faham maksud yang ingin disampaikan, hati saya rasa makin cepat ingin habiskan novel ini..huu..

Novel ini memberi saya kekuatan untuk terus melakukan kebaikan untuk mencari keredhaan ALLAH SWT meskipun tiada manfaat untuk saya.. novel ini terus mengingatkan saya untuk melakukan semua perkara hanya kerana ALLAH SWT dan kita haruslah redha dengan semua suratan takdir kita. Lihat dari sudut positif dan ambil iktibar dari perkara yang kurang baik berlaku dalam hidup kita. Linat semuanya dengan pandangan untuk mendapatkan redha ALLAH SWT.

“apabila kita beriman kepada ALLAH SWT, kita yakin dengan segala janjiNya. Kita percaya dengan semua amaran-Nya. Kita beriman dengan semua kekuatan-Nya. Maka hati kita akan sensitif untuk hidup sebagai hamba-Nya dengan baik. Hati kita akan peka dengan keingkaran kepada-Nya. Kita akan rasa lapar dan dahaga untuk berbuat baik mengejar redha-Nya. Kita kan rasa takut dan tidak selamat apabila ingkar kepada-Nya.”
Petikan drpd sinergi
Ucapan naqeeb kpd salah seorang ahli Disaster Five

Kubina hubungan kita atas keimanan
Aku cintakanmu kerana Tuhan (uhibbukafillah)
Maka kau daripada diriku kulebihkan
Walau itu menuntut pengorbanan
Petikan drpd sinergi
Sahabat krn ALLAH SWT

Inilah istimewanya novel ini bagi saya..kisah persahabatan yang tulus kerana inginkan redha ALLAH SWT..kisah persabatan yang menyentuh hati saya..seorang sahabat yang berjaya merubah kita ke arah lebih baik memang akan sentiasa ada dihati kita sampai kita nfas kita yang terakhir kerana dia telah membimbing kita ke jalan yang benar dengan cara yang paling halus dan lembut iaitu persahabatan yang suci. Oleh sebab itulah orang berkata mencari seorang sahabat yang sangat berharga itu ibarat mencari sebutir permata yang berkilau di dalam ribuan kaca yang turut sama berkilau..betapa susah mencari dan apabila telah ditemui ibarat mendapat sebatang tongkat untuk terus berdiri dan meneruskan perjuangan di jalan yang diredhai ALLAH SWT. Betapa ALLAH SWT itu menyayangi kita. Di saat kita rasa dunia ini meninggalkan kita, ingatlah ALLAH SWT sentiasa bersama kita dan Dialah yang paling menyayangi kita dibanding orang lain..

Berbalik kpd kata-kata di atas, ingatlah keimanan adalah paksi!..terima kasih kepada najiah syahirah mohd yani kerana telah memberi saya membaca novel ini!..saranghae n kamsahamida!!..dan yang paling utama kepada Maha Pencipta saya kerana menggerakkan saya untuk membaca novel ini. Saya pasti akan habiskan membaca novel ini..InsyAllah..
Suara hati
00:36
February 18, 2011


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sebuah pertemuan


Nie pon lagu jugak..agaknya saya mang nak buat lagu kot tuk mggu nie..walaupun saya lambat upload entry nie..hehe..lagu nie special tuk Siti Rafiqah Adnin binti Mohd Rosdan..hehe..terima kasih kpd ALLAH SWT yang telah menemukan kita dan terima kasih juga untuk awak kerana sudi menjadi sahabat saya..semoga ikatan persahabatan ini diredhai dan berkekalan hingga dipanggil olehNya...Ameen..

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Adakalanya langkah ku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan
Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan
Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan tika aku diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segalanya
Menitis air mataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiran mu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan
Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahgiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasihmu Tuhan
Titisan air mata, menyubur cinta
Dan rindu pon berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan
Betapa aku menghargai kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti cinta hakiki yang abadi
Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasihMu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan sekeping hati
Seorang  insan bernama teman
~UNIC~

1:09
15 Rabiulawal 1432
February 18, 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The Chosen One


The chosen one merupakan lagu ringtone fon saya..hehe..saya suke sangat lagu nie kerana membuat saya selalu mengingati Rasulullah..tapi meskipun begitu saya rasa diri ini kurang berselawat padanya..hmm.. saya pasti akan berubah ke arah yang lebih baik...saya yakin itu..hmm..selaion itu lagu ini juga untuk Rasulullah sempena Maulidur Rasul..tanpa beliau mungkin saya tidak dilahirkan dalam keturunan Islam..saya harap Islam yang saya warisi terus ada dalam diri saya hingga ALLAH SWT memerintahkan dunia ini berakhir!...saya akan berusaha kekalkan Islam yang saya warisi..InsyALLAH akan menjadi pegangan saya hingga ke akhirnya..Ameen...inilah lagunya..rasenye lirik nie x betol sangat kerana saya salin sambil dengar..hehe..

In time of darkness and greed
It is your light that we need
You came to teach us how to learn
Muhammad Ya Rasulullah
You were so caring and kind
You are the best of mankind
Muhammad..
Sollu ala Rasulillah habibil mustofa
The mesengger the chosen one

You are ALLAH chosen one...!

My feveret song at this moment and last i think!..huhu..

Suara hati pd waktu subuh
6:17
February 16.2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Sesuatu

salam.. semua pembaca blog saya.. Hati ini terasa ingin mencoretkan sesuatu walaupun tiada idea di dlam fikiran yang dianugerahkan ALLAH SWT ini..hmm..
       Hari ini saya menulis di PTAR UiTM saya..hehe.. Hati terasa tidak tenteram tapi setelah membaca beberapa artikel tadi hati rasa makin ok...hmmm..saya tahu hati saya kuat untuk semuanya walaupun sering diuji dengan perkara yang kita xske.. Kepada yati dan adnin, jika membaca blog saya, terima kasih kerana selalu dengar hati saya berkata-kata.. Saya sayang semua kawan-kawan saya walaupun kadang kala hati terasa perit untuk terima apa yang kalian buat tapi saya tahu semua yang berlaku kerana salah saya sendiri...
       Bila saya terasa hati dengan kalian, saya tahu yang semua itu salah saya... Kalian tidak pernah salah.. Saya cuma ingin perjuanagan saya diredhai huhu..pliz jangan terasa dengan saya..hmm.. Sendirian di sini terasa aman..hmm..Anugerah Tuhan yang tak ternilai kerana saya masih bernafas hingga ke hari ini.. Dan saya juga dikelilingi dengan sahabat -sahabat yang baik..saya harap semua ikatan ukhuwah ini akan berkekalan..wasssalam..

  PTAR UiTM NS
10:30
February 11, 2011                                                                  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Simpulan mati

Apa itu simpulan mati?? Entah kenapa perkara ini sering membelenggu saya...saya semakin tidak percaya bahawa simpulan atau ikatan mati itu pasti akan membahagiakan orang yang mengalaminya. Maksud saya simpulan mati itu adalah ikatan perkahwinan...apa itu perkahwinan??

                Kalau ditanya maksud perkahwinan itu memamglah saya tahu tapi saya masih tidak yakin bahawa perkahwinan itu dapat membahagiakan seseorang yang bergelar hawa.. Mungkin hanya saya seorang yang berprasangka seperti itu,  mungkin orang lain tidak sabar ingin melangkah ke alam perkahwinan.. Dalam lingkungan umur puluh seperti saya dan kawan2 yang baru sahaja melangkah ke angka puluh, ramai kawan-kawan saya yang ingin segera menikah. Bahagia katanya mempunyai seseorang yang selalu ada di samping kita yang dapat menjaga kita hingga ke akhir hayat. Sememangnya perkahwinan itu melengkapkan hidup ini kerana perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama.. Saya tidak pernah menolak perkahwinan tapi cuma saya susah untuk percaya perkahwinan itu mengundang bahagia.. Adakah kerana saya prejudis terhadap kaum adam atau saya memang tidak percaya akan ikatan suci yang merupakan sunnah Rasulullah dan amat digalakkan dalam islam. Saya sering dikelilingi dengan cerita-cerita dan masalah rumahtangga yang serius di kampung saya.. Ini menyebabkan saya langsung tidak teringin untuk berkahwin.. Tambahan pula lelaki zaman sekarang susah untuk dipercayai keikhlasannya. Kalau ada pon mungkin hanya segelintir sahaja dan saya tidak mungkin menemukan insan seperti itu dan amat tidak mungkin saya mendapat jodoh seperti itu.hmm..

                Kenapa ya saya tidak dapat mengubah persepsi saya terhadap lelaki padahal selama ini saya tidak pernah mempunyai pengalaman buruk dengan lelaki.. Adakah mungkin pengalaman masa kecil saya atau saya tidak ingin orang lain mengalami apa yang saya alami semasa saya kecil.. Saya akui pengalaman saya masa kecil mungkin tidak seindah orang lain tapi saya sudah cukup bersyukur dengan kurniaan ALLAH SWT kepada saya..saya gembira dengan kurniaan itu..

                Kalau diikutkan banyak juga perkara bahagia yang akan berlaku dalam keluarga saya. Tidak lama lagi mungkin 3 orang sepupu saya yang kan bertunang dan terus melangsungkan perkahwinan. Kadang-kadang terdetik juga di hati kecil saya bahawa saya juga ingin melangkah ke gerbang perkahwinan tapi bila saya memikirkan semua perkara dan masa depan saya jika saya berkahwin, hmm... saya terus akan membatalkan niat saya itu... Sehingga saat ini saya tidak yakin ada sesiapa yang akan menerima saya dan keluarga saya apa adanya. Saya juga belum menemukan seseorang yang dapat membuatkan saya terasa ingin berkahwin. Saya cuma berharap saya dapat menunaikan sunnah Rasululah SAW dengan baik..itu saja pinta saya..

                Perkahwinan bukanlah sesuatu yang main-main dan ia adalah satu ikatan yang suci dan murni dan disertai dengan redha Yang Maha Esa. Bagi saya perkahwinan itu adalah sesuatu yang amat diiginkan oleh seseorang yang bergelar hawa kerana apabila berkahwin akan ada seseorang yang dapat melindungi dan menjaga dengan setulus hati.. Itulah tanggungjawab yang harus dipikul bagi pasangan yang akan berkahwin.. Kemudian setelah lama berkahwin akan ada lah komitmen baru apabila ALLAH SWT mengurniakan cahaya mata kepada pasangan tersebut. Itulah amanah ALLAH SWT yang paling berat bagi saya kerana kita harus menjaga seorang bayi dari lahir hingga dewasa. Kita dan pasangan kita lah yang akan mencorakkan kehidupan seorang bayi yang asalnya tidak tahu apa-apa sehingga menjadi seorang muslim yang berjaya dalam hidup. Bagi saya ini merupakan tanggungjawab yang sangat berat tapi jika kita dan pasangan kita dapat melaksanakan dengan baik kita akan pasti diredhai oleh ALLAH SWT. Selain itu anak yang soleh pasti akan selalu mendoakan kita dan memberi manfaat kepada kita. Ini hanya pendapat saya tapi inilah semua yang saya fikirkan apabila diajukan persoalan soal perkahwinan.
                Akhir kata, saya cuma berharap saya mendapat jodoh yang baik dan dapat menerima saya dan keluarga saya apa adanya...ameen..semoga doa saya dimakbulkan dan mendapat keredhaan ALLAH SWT. Apapun saya tetap redha dengan pilihan ALLAH SWT terhadap saya... itu pastilah yang terbaik untuk saya...Terima Kasih tuk segalanya..kamsahamida juga untuk kawan-kawan saya yang berusaha untuk membuat saya suka pada perkahwinan!!

Suara hati
20:43
Januari 31, 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang..:)