Simpulan mati

Apa itu simpulan mati?? Entah kenapa perkara ini sering membelenggu saya...saya semakin tidak percaya bahawa simpulan atau ikatan mati itu pasti akan membahagiakan orang yang mengalaminya. Maksud saya simpulan mati itu adalah ikatan perkahwinan...apa itu perkahwinan??

                Kalau ditanya maksud perkahwinan itu memamglah saya tahu tapi saya masih tidak yakin bahawa perkahwinan itu dapat membahagiakan seseorang yang bergelar hawa.. Mungkin hanya saya seorang yang berprasangka seperti itu,  mungkin orang lain tidak sabar ingin melangkah ke alam perkahwinan.. Dalam lingkungan umur puluh seperti saya dan kawan2 yang baru sahaja melangkah ke angka puluh, ramai kawan-kawan saya yang ingin segera menikah. Bahagia katanya mempunyai seseorang yang selalu ada di samping kita yang dapat menjaga kita hingga ke akhir hayat. Sememangnya perkahwinan itu melengkapkan hidup ini kerana perkahwinan ibarat menyempurnakan sebahagian daripada agama.. Saya tidak pernah menolak perkahwinan tapi cuma saya susah untuk percaya perkahwinan itu mengundang bahagia.. Adakah kerana saya prejudis terhadap kaum adam atau saya memang tidak percaya akan ikatan suci yang merupakan sunnah Rasulullah dan amat digalakkan dalam islam. Saya sering dikelilingi dengan cerita-cerita dan masalah rumahtangga yang serius di kampung saya.. Ini menyebabkan saya langsung tidak teringin untuk berkahwin.. Tambahan pula lelaki zaman sekarang susah untuk dipercayai keikhlasannya. Kalau ada pon mungkin hanya segelintir sahaja dan saya tidak mungkin menemukan insan seperti itu dan amat tidak mungkin saya mendapat jodoh seperti itu.hmm..

                Kenapa ya saya tidak dapat mengubah persepsi saya terhadap lelaki padahal selama ini saya tidak pernah mempunyai pengalaman buruk dengan lelaki.. Adakah mungkin pengalaman masa kecil saya atau saya tidak ingin orang lain mengalami apa yang saya alami semasa saya kecil.. Saya akui pengalaman saya masa kecil mungkin tidak seindah orang lain tapi saya sudah cukup bersyukur dengan kurniaan ALLAH SWT kepada saya..saya gembira dengan kurniaan itu..

                Kalau diikutkan banyak juga perkara bahagia yang akan berlaku dalam keluarga saya. Tidak lama lagi mungkin 3 orang sepupu saya yang kan bertunang dan terus melangsungkan perkahwinan. Kadang-kadang terdetik juga di hati kecil saya bahawa saya juga ingin melangkah ke gerbang perkahwinan tapi bila saya memikirkan semua perkara dan masa depan saya jika saya berkahwin, hmm... saya terus akan membatalkan niat saya itu... Sehingga saat ini saya tidak yakin ada sesiapa yang akan menerima saya dan keluarga saya apa adanya. Saya juga belum menemukan seseorang yang dapat membuatkan saya terasa ingin berkahwin. Saya cuma berharap saya dapat menunaikan sunnah Rasululah SAW dengan baik..itu saja pinta saya..

                Perkahwinan bukanlah sesuatu yang main-main dan ia adalah satu ikatan yang suci dan murni dan disertai dengan redha Yang Maha Esa. Bagi saya perkahwinan itu adalah sesuatu yang amat diiginkan oleh seseorang yang bergelar hawa kerana apabila berkahwin akan ada seseorang yang dapat melindungi dan menjaga dengan setulus hati.. Itulah tanggungjawab yang harus dipikul bagi pasangan yang akan berkahwin.. Kemudian setelah lama berkahwin akan ada lah komitmen baru apabila ALLAH SWT mengurniakan cahaya mata kepada pasangan tersebut. Itulah amanah ALLAH SWT yang paling berat bagi saya kerana kita harus menjaga seorang bayi dari lahir hingga dewasa. Kita dan pasangan kita lah yang akan mencorakkan kehidupan seorang bayi yang asalnya tidak tahu apa-apa sehingga menjadi seorang muslim yang berjaya dalam hidup. Bagi saya ini merupakan tanggungjawab yang sangat berat tapi jika kita dan pasangan kita dapat melaksanakan dengan baik kita akan pasti diredhai oleh ALLAH SWT. Selain itu anak yang soleh pasti akan selalu mendoakan kita dan memberi manfaat kepada kita. Ini hanya pendapat saya tapi inilah semua yang saya fikirkan apabila diajukan persoalan soal perkahwinan.
                Akhir kata, saya cuma berharap saya mendapat jodoh yang baik dan dapat menerima saya dan keluarga saya apa adanya...ameen..semoga doa saya dimakbulkan dan mendapat keredhaan ALLAH SWT. Apapun saya tetap redha dengan pilihan ALLAH SWT terhadap saya... itu pastilah yang terbaik untuk saya...Terima Kasih tuk segalanya..kamsahamida juga untuk kawan-kawan saya yang berusaha untuk membuat saya suka pada perkahwinan!!

Suara hati
20:43
Januari 31, 2011

Comments

  1. kene blajr buka hati la ea.. kang nnt x mau end up with title "ank dara tua"...hehe :P

    ReplyDelete
  2. rindu jihad:knp wani like?? rasenye ain byk mgarut je..huhu
    Kusunyi: da buka da hati nie cuma rase mcm lebih bahagia sendiri..hmmm...

    ReplyDelete
  3. urm... kahwin.. jauh agi tuh.. ahaks... pikir masa dpn... mantapkan diri ngan kefahaman agama, ketabahan, kewangan dulu agr x dop apa2 mslh nanti.. x yah pikir psal hal niey.. ada jodoh iA.. kwin jgk kita kalo x der.. urm, tu mgkn yg terbaek...bila da hebat sumer org terpikat...iA...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kill me, heal me

Dreams and fantasies

New journey…