RSS

Salam Ramadhan..




Pembuka bicara kali ini..hati ini rasa sayu bila memikirkan Ramadhan yang bakal pergi..adakah sy cukup mendapat keberkatannya...bangun malam pon cuma beberapa kali..berada di tempat baru buat beberapa hari buat jiwa rasa tenang tapi tetap juga tidak berjaya meraih keberkatan bulan Ramadhan..sy tertinggal novel cinta yang Maha pencipta sy kasi..sy cuma membawa sedikit cuma mesej dariNYA..

Sy ingin menjadi seperti watak dlm novel VERSUS by HLOVATE..sy ingin kuat untuk berubah ke arah itu..walaupun sedikit, sy harap Ramadhan ini dapat beri perubahan pd jiwa dan hati sy...susah untuk berubah, tapi hendak seribu daya, x hendak seribu dalih...so kalu hendak mestilah cuba bersungguh-sungguh untuk berubah..langkah yang seribu bermula dengan satu langkah yang pertama...

Sy punya teman seperjuangan yang sentiasa mengingatkan sy tentang mesej-mesej cintaMU...sy harus kuat melangkah untuk ke arahMU..sy cuma harus fikirkan kemahuan sy tanpa fikirkan tanggapan orang lain..kawan sy ari tuh bagitaw supaya buat apa yang kita mampu atas apa yang kita nak..tak perlu pk apa yang orang nak kita capai..fikirkan diri kita sahaja selagi tak melanggar apa yang disyariatkan tuk kita...

Mimpi susah untuk digapai tapi tak semestinya x boleh..kalu keinginan tuh kuat, kita pasti boleh capai impian kita walaupun tinggi..terima kasih buat kawan sy iaitu dye yang bagi sy nasihat..sy syg dia..ukhuwah ini sy syg..

Semoga Ramadhan kali ini bawa erti tuk semua kawan2 dan sahabat2 sy..semoga semua berada dalam keredhaan Illahi...semoga Ramadhan kali ini bagi kita kekuatan untuk terus meneruskan perjuangan tuk agama...perjuangan bagi diri yang terhenti kerana dugaan dan ujian yang dianugerahkan supaya tabah..

Ingatlah wahai diri..DIA syg kamu....DIA selalu ADA dengan kamu....kamu tidak pernah sendiri......

3:42
Ramadhan 22, 2011
Counting days to go home...heheh


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kehidupan


Assalamualaikum...


Pembuka kata, pembuka coretan dari hati ini..


Hidup tidaklah selalu indah seperti yang kita impikan..ada pasang surutnya kebahagian itu..kesedihan itu..kekecewaan itu..setiap yang berlaku ada makna disebaliknya..mengajar diri supaya lebih cekal dan tidak putus asa..





Hati juga ada rasanya..sedih..gembira..bahagia..kecewa..namun semua itu ada sebabnya..


Adakah bahagia yang dirasa diredhai ALLAH SWT??


Mungkinkah kecewa yang dirasa adalah satu anugerah????


Atau, sedih itu permulaan bagi kebahagiaan yang abadi????





Tak siapa tahu jawapan persoalan itu, namun kita harus yakin bahawa ALLAH SWT itu ada saat kita sedih, gembira, kecewa, putus asa....sentiasa ada untuk kita mengadu..ingatlah wahai hati..kamu tidak sendiri..kamu punya DIA yang sentiasa mendengar rintihan kamu..kamu tidak perlu sedih andai semua yang berlaku tidak kamu inginkan..andai semua yang berlaku menyakitkan kamu..andai semua yang berlaku membuat hati kamu runsing..andai semuanya meninggalkan kamu...kamu punya DIA yang tidak akan meninggalkan kamu selagi kamu berpegang pada TALINYA...





Melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan segala laranganNYA...DIA sayang kamu...





Akhir2 ini hati tidak tenang...bila memikirkan yang Ramadhan bakal pergi, hati ini sayu..Adakah sy boleh menyembuhkan hati ini sepenuhnya bila Ramadhan berlalu..??





Kepada dia, sy doakan kamu bahagia..maafkan sy kerana mengganggu kamu akhir2 ini..semoga seminggu percuma panggilan dan mesej yang sy dpt cepat berakhir..dan setelah itu sy xkan ganggu kamu lagi..mungkin hati ini susah tuk menghindari dari mengingati kamu tapi masa pasti membantu hati sy tuk sembuh..





Akhir kata..semua ini ujian dariNya yang sy xpernah lulus cemerlang...kali ini sy akan cuba lulus dengan kepujian..hehe..doakan sy..

1:41
Ramadhan 15, 1432

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Madah pujangga buat hati

“Halaqoh ini adalah halaqoh cinta kita,
Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar-sabar dating dalam halaqoh,
Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,
di bawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang,
tanpa takut dan bimbang,
Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah,
Jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas landasan ukhuwahfillah, bebas dari dorongan nafsu semata,
Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita,
Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama,
Saling nasihat mensihati agar makin berkualiti,
Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini ALLAH SWT yang punya,
Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta, keluarga dan maruah demi cinta,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-NYA,
Dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya.”

Dipetik dari novel Tautan Hati oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin..

~novel yg penuh dengan kata2 pujangga yang merupakan nasihat dan bimbingan supaya kehidupan ini lebih terarah dan berada di landasan yang betul..
~persahabatan yang berlandaskan iman...ukhuwah dua orang mawar berduri rebutan ramai yang menjadikan pembacanya cemburu dengan kukuhnya tali ukhuwah tersebut..
~semoga hati ini cekal untuk berusaha menjadi mawar berduri yang berbakti pada Maha Pencipta sy..

13:23
Ramadhan 15, 1432

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

if i have a car...huhu

All Proton owners have to see this.
http://says.my/balqisabdullah/proton-vip 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Peringatan...


Assalamualaikum...
~ini adalah drpd seorang sahabat sy..peringatan tuk diri ini...dalam menempuh kehidupan ini~



  • ·         Dari Abu Hurairah, “Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Kalau suka beliau makan,kalau tidak sula biarkan saja” – Bukhari
  • ·         Dari Abdullah r.a berkata: Rasulullah SAW mengerjakan sembahyang & terdengar dr putaran dadanya suara seperti putaran batu gilingan kerana tangisannya – Hr Abu Daud
  • ·         Dari Ali r.a, Rasulullah SAW bersabda: Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi – HR Hakim
  • ·         Dari Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan bahawa, Rasulullah SAW bersabda: Barangsiap mencintai masjid dia akan dicintai oleh Allah swt. – HR Tabrani
  • ·         Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: Tiada sesuatu yang lebih mulia disisi Allah swt selain daripada doa – HR Tirmizi
  • ·         Dari Abdullah Mas’ud r.a Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memiliki sebahagian kecil sombong dalam hatinya, maka dia tidak dapat masuk syurga – Muslim
  • ·         Hadis riwayat abu daud bermaksud:”hampir-hampir seluruh umat mengelilingi kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.”ada yang bertanya,”apakah itu disebabkan bilangan kita yang minority wahai rasulullah?”baginda nabi saw. menjawab:”bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih dilautan. Allah saw mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al wahn dalam kamu.”apa al wahn itu wahai Rasulullah? Jawab baginda al-wahn bermaksud “cintakan dunia dan bencikan mati”.
  • ·         Dari Abdullah Mas’ud r.a, RAsulullah SAW bersabda: Sesiapa yang memilki sebahagian kecil sombong dlm hatinya, maka dia tidak dapat memasuki syurga – Muslim
  • ·         Dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda: Selama mana seseorang hamba itu tidak menjaga lidahnya, dia tidak mencapai hakikat iman – HR Tabrani
  • ·         Dari Anas r.a, Rasulullah SAW bersabda: Sepagi atau sepetang di jalan Allah SAW adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya. – HR Mirqat
  • ·         Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: Orang yang paling banyak dpt manfaat drpd syafaatku pd hari kiamat ialah yang mengucap syahadah dengan ikhlas dlm hati – Bukhari
  • ·         Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda: Keelokkan & kesempurnaan seseorang ialah meninggalkan perbuatan dan perkataan yang sia-sia. – HR Tirmizi
  • ·         Dari Hazrat Anas r.a, Nabi SAW sabda: Perkara yang membinasakan ialah sifat kikir yg dituruti, hawa nafsu yg dilayani & orang yg anggap dirinya baik. – HR Baihaq
  • ·         Rasulullah SAW bersabda: Allah SWT hanya menerima amalan-amalan yg dilakukan ikhlas semata-mata untukNYA & yg bertujuan utk mendapt redhaNYA – HR Nasa’i
  • ·         Rasulullah SAW sabda: Seseorang yg kuat itu bukanlah orang yg dpt membalas (pukulan lawannya) tetapi seseorang yg dpt mengawal marahnya dgn baik – HR Bukhari
  • ·         Rasulullah SAW bersabda: Iman yg lebih afdal ialah iman yg disertai dgn hijrah, yakni Hijrah drp meninggalkan kejahatan – HR Musnad Ahmad
  • ·         Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa berdiri dgn penuh perasaan riak & sum’ah, dia sentiasa dlm kemurkaan Allah SWT sehingga dia duduk (insaf) – HR Ibnu Kathir
  • ·         Rasulullah bersabda: Yg paling aku takutkan terhadap ummatku ialah si munafiq yg pandai pd lidah, cakap hal keilmuan tapi dirinya kosong dgn amal & iman
  • ·         Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa mahu rezekinya ditambah & umurnya dipanjangkan, hendaklah dia menghubungkan silaturrahim di antara saudaranya – Bukhari
  • ·         Sabda Rasulullah SAW: Seburuk-buruk pencuri ialah orang yang mencuri dalam solatnya, yakni tidak sempurna rukuk & sujud (tiada toma’ninah) – HR Ahmad
  • ·         Sabda Rasulullah SAW: Dosa terbesar dari dosa-dosa besar iaitu Mempersekutukan ALLAH SWT, Derhaka kepada ibu atau bapa & Membuat kesaksian palsu – HR Bukhari
  • ·         Sabda Rasulullah SAW: “Seseorang yang merendahkan diri kepada ALLAH SWT, ALLAH akan tinggikannya darjatnya” – HR Muslim
  • ·         Rasulullah SAW bersabda: “Akan datang suatu zaman seseorang tidak pedulikan dari mana mendapat harta, apakah dari sumber halal atau haram” – HR  Bukhari
  • ·         Rasulullah SAW bersabda: Orang yang cerdik ialah orang yang selalu menjaga dirinya dan beramal untuk bekalan sesudah mati – HR Tirmidzi
  • ·         Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu bangun dari tidur hendaklah kamu masukkan air ke dalam hidung  3 kali sebab syaitan tidur dalam lubang hidung – HR Muslim
  • ·         Sabda Rasulullah SAW untuk lembutkan hati yang keras: “ Usaplah kepala anak yatim dan berilah makan kepada orang miskin.” – HR Ahmad

~semoga mendapat iktibar dari semua kata-kata ini...
~sesungguhnya janji ALLAH SWT itu benar cuma sabarlah menanti...Dialah yg paling menyayangi kita berbanding sesiapa pun..maka sayangilah Dia yang menyayangi kita dengan setulus hati...bukan menyerahkan hati pada orang yang kita sayangi yang belum tentu dapat menyayangi kita dengan setulusnya....
~untuk hati ini..ingatlah kembali untuk siapa diri ini bernafas di muka bumi ini...muhasabah diri anda Cik Balqis!!!

Salam sayang..
16:53
Ramadhan 11, 1432

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Words...


Assalamualaikum....

Maybe i was too naive
To believe what people said so easily
Eventhough words spoken doesn’t
Means anything serious
But when it just words
It hurts my heart
Maybe I’m hoping 4 the words
Someday will happen
So that I’m deeply upset and hurt
Because of the words spoken...
It was natural for my heart to be hurt
It’s just this time its different
I feel it was true but then it just words
Nothing serious, nothing more
Enough for me to be in this game
I’m back off now
TQ for everything U did
I’ve learn something good in my life
A lesson for newbie like me...

Enough said...
16:28
Ramadhan 11, 1432
August 11, 2011

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

DC.AM



Assalamuaikum...
Seorang sahabat, seorg kwn, seorang kwn yg sentiasa bagi mesej2 ilmiah + peringatan..rase rindu kat dye..rasa cam ukhuwah itu da makin jauh even masih ada atas dasar friend kt fb..hanya sy je yg tahu nama tuh coz sy save no dye guna nama tuh...tapi sekarang sy da xde no dye...dye pnah bagi tapi sy da x simpan da coz dye da jauh dari sy..dye kat sebuah tempat yg jauh dari sy..yg membolehkan ktorg ym..tapi 2 dulu..dulu sy on9 ym pon sbb nak tgok de x offline msj dari dye...tapi skrg x lagi..sy da x bukak ym sy lagi..bia mcm tuh jer...lgpon sy masih lagi bole contact kwn2 kat M’sia guna handphone..so ukhuwah tuh remains as it was before...nothing change..but people always change for goods...i accept that...

DC.AM..means DOC AM..harap2 dia akn dpt capai impian dye tuk jadik seorang doktor..setelah dye kat sana contact pon terputus la secara nyata..tapi ukhuwah xkan terputus krn dia selalu ada dalam doa sy..skrg sy faham bila jauh, ukhuwah tuh ada cuma x seperti dulu..dan apa yg sy rasa juga makin hilang..Alhamdulillah...sy lupakan perasaan terhadap dia pon senang.. sy rasa same goes to dia yg sy cuba lupakan akhir2 nie..bila dia fly nati sy lagi senang lupakan dia..semoga dengan itu hati sy akan sembuh sepenuhnya..ameen...

Satu peringatan tuk diri sy, hargailah setiap insan yg hadir dalam hidup ini..setiap insan tuh amat berharga..dan sy amat bertuah kerana menemui sahabat2 sy yg sy ada sekarang...

Akhir kata sy harap sy akn jumpa seseorang yg bila sy tgok dye, sy akn terus teringat ALLAH SWT..yg mengingatkan sy untuk siapa sy bernafas di bumi ini...hanya untuk The Only One..seorang sahabat yg akan menemani kehidupan sy hingga ke akhirnya...seorang sahabat..nothing more..i didn’t ask much..just a simple person that understand me by who i am and be by my side till the end...


00:58
Ramdhan 8, 1432

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang..:)