Madah pujangga buat hati
“Halaqoh ini adalah halaqoh cinta kita,
Jika sepasang kekasih berdating di taman,
Kita tidak sabar-sabar dating dalam halaqoh,
Jika sepasang kekasih bercumbuan dalam sembunyi,
di bawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari orang,
Kita berkasih sayang dalam sembunyi dan terang,
tanpa takut dan bimbang,
Jika sepasang kekasih sering bermain madah berhelah,
Kita berhibur dengan madah kalamullah,
Jika sepasang kekasih sering memadu kasih atas rangsangan nafsu,
Kita berkasih atas landasan ukhuwahfillah, bebas dari dorongan nafsu semata,
Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja kemahuan kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya menunaikan apa sahaja kemahuan Pencipta kita,
Jika sepasang kekasih sentiasa saling menjaga hati,
Kita sentiasa saling menjaga akhlak dan pekerti sesama,
Saling nasihat mensihati agar makin berkualiti,
Jika sepasang kekasih merasakan dunia ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini ALLAH SWT yang punya,
Jika sepasang kekasih sanggup korbankan harta, keluarga dan maruah demi cinta,
Kita sanggup korbankan segala-galanya demi cinta agung-NYA,
Dalam masa yang sama mencintai keluarga dan memelihara maruah setingginya.”
Dipetik dari novel Tautan Hati oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin..
~novel yg penuh dengan kata2 pujangga yang merupakan nasihat dan bimbingan supaya kehidupan ini lebih terarah dan berada di landasan yang betul..
~persahabatan yang berlandaskan iman...ukhuwah dua orang mawar berduri rebutan ramai yang menjadikan pembacanya cemburu dengan kukuhnya tali ukhuwah tersebut..
~semoga hati ini cekal untuk berusaha menjadi mawar berduri yang berbakti pada Maha Pencipta sy..
13:23
Ramadhan 15, 1432
Comments
Post a Comment