RSS

Kadang-kadang

Assalamualaikum

Kadang-kadang hati terasa atau sakit...
Kadang-kadang air mata ini mengalir...
Kadang-kadang senyuman ini palsu...
Kadang-kadang kaki ini penat melangkah...

Terlalu banyak ‘kadang-kadang’ yg terjadi sehingga ‘kadang-kadang’ menjadi kebiasaanya..

Kebiasaannya hati ini terguris...
Kebiasaannya air mata ini terjatuh...
Kebiasaannya senyuman ini dibuat-buat...
Selalunya kaki akan berhenti seketika...

Namun perjalanan tetap diteruskan..
Kerana Dia meletakkan saya disini..
Kerana Dia percaya saya boleh berjaya sampai ke penghujungnya...
Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk saya...
Dan kerana Dia lah saya masih lagi mampu bertahan di sini...

Hati yang terguris..
Air mata yang jatuh..
Senyuman yang palsu..
Semuanya di simpan jauh di dalam...
HATI INI...

Percaya hanya pada Dia..
Percaya pada ciptaanNya nanti akan kecewa..
Berharap hanya pada Dia..
Berharap pada ciptaanNya juga akan kecewa..

Hati ini dan kadang-kadang sudah sebati...
Satu pertemuan sudah cukup untuk merawat hati ini...
Tidak perlu lagi pertemuan-pertemuan yang menambah lagi nanah di hati ini...

Kadang-kadang terluah, namun cuma sekelumit rasa..
Rasa-rasa yang tak terluah, disimpan jauh di dalam..
Agar tiada hati yang terguris dek kerana biasan rasa diri ini..

HAVE FAITH...

16:14
December 27, 2013

~final exam mood...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuffnang..:)