Kadang-kadang
Assalamualaikum
Kadang-kadang hati terasa
atau sakit...
Kadang-kadang air mata
ini mengalir...
Kadang-kadang senyuman
ini palsu...
Kadang-kadang kaki ini
penat melangkah...
Terlalu banyak ‘kadang-kadang’
yg terjadi sehingga ‘kadang-kadang’ menjadi kebiasaanya..
Kebiasaannya hati ini
terguris...
Kebiasaannya air mata ini
terjatuh...
Kebiasaannya senyuman ini
dibuat-buat...
Selalunya kaki akan
berhenti seketika...
Namun perjalanan tetap
diteruskan..
Kerana Dia meletakkan
saya disini..
Kerana Dia percaya saya
boleh berjaya sampai ke penghujungnya...
Kerana Dia tahu apa yang
terbaik untuk saya...
Dan kerana Dia lah saya
masih lagi mampu bertahan di sini...
Hati yang terguris..
Air mata yang jatuh..
Senyuman yang palsu..
Semuanya di simpan jauh
di dalam...
HATI INI...
Percaya hanya pada Dia..
Percaya pada ciptaanNya
nanti akan kecewa..
Berharap hanya pada Dia..
Berharap pada ciptaanNya
juga akan kecewa..
Hati ini dan
kadang-kadang sudah sebati...
Satu pertemuan sudah
cukup untuk merawat hati ini...
Tidak perlu lagi
pertemuan-pertemuan yang menambah lagi nanah di hati ini...
Kadang-kadang terluah,
namun cuma sekelumit rasa..
Rasa-rasa yang tak
terluah, disimpan jauh di dalam..
Agar tiada hati yang
terguris dek kerana biasan rasa diri ini..
HAVE FAITH...
16:14
December 27, 2013
~final exam mood...
Comments
Post a Comment