Sinergi


Sinergi merupakan novel yang saya tengah baca saat ini...novel yang memberi peluang kepada mata saya untuk mengalir buat sekian lamanya..hati terasa sebak dengan persahabatan yang ditunjukkan dalam novel ini..terasa adakah saya layak untuk mendapatkan seorang teman yang sentiasa mengingatkan untuk selalu melakukan sesuatu perkara untuk mendapat redha ALLAH.. Hati saya terasa terpanggil untuk menulis sesuatu..tiba-tiba petang ini tangan dan minda terasa seperti mendapat idea yang banyak..mungkin juga kerana sudah banyak titisan jernih yang keluar dari pelupuk mata..sudah lama saya menunggu saat untuk mata ini mengalirkan air mata.. akhir-akhir ini banyak kejadian yang berlaku dalam hidup saya tapi saya yakin dengan Maha Pencipta saya...semua yang berlaku ada hikmahnya dan semuanya adalah untuk kebaikan saya meskipun saya masih tidak nampak hikmah disebaliknya...
                Tema novel yang saya bace ialah ‘keimanan adalah paksi’..hmm..pada mulanya saya kira novel ini tidak begitu menarik tapi setelah makin lama saya bace dan saya faham maksud yang ingin disampaikan, hati saya rasa makin cepat ingin habiskan novel ini..huu..

Novel ini memberi saya kekuatan untuk terus melakukan kebaikan untuk mencari keredhaan ALLAH SWT meskipun tiada manfaat untuk saya.. novel ini terus mengingatkan saya untuk melakukan semua perkara hanya kerana ALLAH SWT dan kita haruslah redha dengan semua suratan takdir kita. Lihat dari sudut positif dan ambil iktibar dari perkara yang kurang baik berlaku dalam hidup kita. Linat semuanya dengan pandangan untuk mendapatkan redha ALLAH SWT.

“apabila kita beriman kepada ALLAH SWT, kita yakin dengan segala janjiNya. Kita percaya dengan semua amaran-Nya. Kita beriman dengan semua kekuatan-Nya. Maka hati kita akan sensitif untuk hidup sebagai hamba-Nya dengan baik. Hati kita akan peka dengan keingkaran kepada-Nya. Kita akan rasa lapar dan dahaga untuk berbuat baik mengejar redha-Nya. Kita kan rasa takut dan tidak selamat apabila ingkar kepada-Nya.”
Petikan drpd sinergi
Ucapan naqeeb kpd salah seorang ahli Disaster Five

Kubina hubungan kita atas keimanan
Aku cintakanmu kerana Tuhan (uhibbukafillah)
Maka kau daripada diriku kulebihkan
Walau itu menuntut pengorbanan
Petikan drpd sinergi
Sahabat krn ALLAH SWT

Inilah istimewanya novel ini bagi saya..kisah persahabatan yang tulus kerana inginkan redha ALLAH SWT..kisah persabatan yang menyentuh hati saya..seorang sahabat yang berjaya merubah kita ke arah lebih baik memang akan sentiasa ada dihati kita sampai kita nfas kita yang terakhir kerana dia telah membimbing kita ke jalan yang benar dengan cara yang paling halus dan lembut iaitu persahabatan yang suci. Oleh sebab itulah orang berkata mencari seorang sahabat yang sangat berharga itu ibarat mencari sebutir permata yang berkilau di dalam ribuan kaca yang turut sama berkilau..betapa susah mencari dan apabila telah ditemui ibarat mendapat sebatang tongkat untuk terus berdiri dan meneruskan perjuangan di jalan yang diredhai ALLAH SWT. Betapa ALLAH SWT itu menyayangi kita. Di saat kita rasa dunia ini meninggalkan kita, ingatlah ALLAH SWT sentiasa bersama kita dan Dialah yang paling menyayangi kita dibanding orang lain..

Berbalik kpd kata-kata di atas, ingatlah keimanan adalah paksi!..terima kasih kepada najiah syahirah mohd yani kerana telah memberi saya membaca novel ini!..saranghae n kamsahamida!!..dan yang paling utama kepada Maha Pencipta saya kerana menggerakkan saya untuk membaca novel ini. Saya pasti akan habiskan membaca novel ini..InsyAllah..
Suara hati
00:36
February 18, 2011


Comments

  1. like3..... asif2.. bru ad pluang nak jnguk ain... ehehehe.... rasa brminat nk baca nvel tu... blh bg pnjam ker? ehehehe.... uhhibuki fillah




    *comel blog!
    (*_*;)

    ReplyDelete
  2. hehe..baru reti tuka template..huuu..blog syra lagi cute..nak ker?/naty ain pnjm dari jia tuk syra..huhu

    ReplyDelete
  3. bkn sng mahu memiliki sahabat seperti itu.. thx, ia buatkan sy juga mahu memiliki novel itu...

    ReplyDelete
  4. hu8... best2.. kalau lah watak tu btol2 wujud.. mmg dia memiliki sifat2 malaikat r... ssh yg amat utk dpraktiskan...layanan kita pd makhluk Allah yg lain adlh tggjwp kita pd Allah... x kira cam mana org lain layan kita.... coz tu adlh tggjwp dia pd Allah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kill me, heal me

Dreams and fantasies

New journey…