Bintang hatiku


Hari ini bermula lagi satu coretan baru..hmm..telah berhari – hari saya ingin mencoretkan sesuatu tentangnya baru hari ini saya mendapat sedikit waktu untuk menzahirkan sesuatu yangada di fikiran dan hati saya... Apa itu Bintang Hatiku???hehe.. Bintang Hati saya adalah Harry Potter yang pasti tiada sesiapa dapat menggantinya.. Yang pasti yang memberi sinar hati saya adalah Maha Pencipta saya dan Rasulullah SAW.. Tapi saya yakin bahawa hadirnya Harry Potter dalam hidup saya adalah kerana ALLAH SWT yang hadirkannya.. Dia hadir bukan tuk saja-saja tapi untuk memberi saya ketabahan ketika saya sedih. Mungkin ramai akan tertanya apa yang Harry Potter boleh buat untuk saya, dia cuma watak dalam satu novel yang mempunyai tujuh siri. Tambahan pula Daniel Radcliffe yang membawa wataknya dalam Harry Potter bukanlah seorang yang baik yang boleh dijadikan idola. Saya setuju dengan itu tapi saya melihat cerita Harry Potter dan watak Harry dari sudut yang berbeza. Dari sudut pandangan seorang insan mengalami banyak pengalaman yang menyakitkan tapi Harry masih ingin terus membantu orang lain di sekelilingnya. Mungkin anda yang membaca entry saya tidak faham apa yang saya maksudkan tapi saya cuma ingin katakan di sini bahawa semangat Harry dalam meneruskan perjuangannya dalan dunia magic selalu memberi saya kekuatan untuk terus maju ke depan walaupun jalan di depan saya itu masih samar-samar dan mungkin juga penuh dengan sesuatu yang menyakitkan. Saya amat menyukai watak Harry kerana Harry seorang yang amat tabah dan cekal sekalipun dia tidak tahu adakah usahanya akan berhasil, adakah dia akan berjaya membalas dendam ke atas orang yang telah membunuh kedua orang tuanya...
                 
                Harry kehilangan kedua orang tuanya ketika dia masih bayi, kemudian tinggal bersama mak cik nya yang membenci ibunya. Dia dilayan sangat teruk oleh keluarga mak cik nya. Dia tidak pernah merasai kasih sayang sehinggalah dia mendapat kawan di Hogwarts. Dia juga tidak pernah mengetahui wajah kedua orang tuanya dan saya dapat rasakan kesedihannya bila pertama kali dia melihat wajah ibu dan ayahnya pada cermin tarsah.Dua orang kawan yang amat baik, susah senang bersama, ada ketika sedih dan gembira, dan amat sangat menyayanginya. Dia mungkin sangat terkenal di dunia magic tapi sebenarnya di hanya keseorangan. Dia tidak mempunyai keluarga seperti orang lain tapi dia sangat tabah dan tidak mudah berputus asa bila dia dalam kesusahan. Dia mengenali bapa angkatnya dan merasai kasih sayang seorang ayah tapi hanya sekejap kemudian kebahagiaan itu diragut darinya. Semasa dia kehilangan bapa angkatnya saya juga dapat merasakan kesedihan yang dia alami. Dia tidak punya siapa-siapa lagi kecuali kawannya yang selalu ada bersamanya. Wataknya yang dicipta oleh JK Rowling sangat tabah dan penuh dengan kesedihan tapi dia tidak mudah mengalah sekalipun dia sudah sering diancam maut. Bapa angkatnya mati kerana ingin melindunginya, kedua ibu bapanya mati juga kerananya. Tapi dia tidak pernah takut pada pembunuh ibu bapanya sekalipun nyawanya akan tergadai. Dalam Harry Potter yang terakhir dia berusaha sedaya mungkin untuk melawan Dark Lord yang jelas bukan tandingannya. Dia cuma seorang budak yang baru berusia 17 tahun tapi ingin melawan seorang ahli sihir yang amat hebat dengan kuasa hitam. Dia tetap juga berusaha untuk berjaya sekalipun pada akhirnya dia harus mati dan dia sangat pasrah dengan suratannya dalam novel itu. Itulah sikapnya yang sentiasa buat saya terus tabah. Dia sentiasa mencuba membuat yang terbaik meskipun dia sendiri tidak tahu sama ada akan berjaya atau tidak. Dia tidak mudah berputus asa dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada sahabatnya. Itulah yang paling saya jeles sebenarnya. Sahabat yang sangat baik, yang sanggup tinggalkan keluarga demi menolongnya menunaikan misi yang ditinggalkan oleh gurunya sekalipun misi itu pasti akan meragut nyawa. Sahabat yang sanggup berkorban untuknya atas nama persahabatan. Saya amat inginkan sahabat seperti itu namun saya sedar saya pon bukanlah sahabat yang terlalu baik tapi saya cuba sedaya yang saya boleh untuk memberikan yang terbaik..

                Sebenarnya saya tergerak hati untuk menulis mengenai Harry Potter adalah kerana saya baru selesai menonton filem Harry Potter yang terbaru iaitu Harry Potter and The Deathly Hallow part 1. Bagi saya filem itu agak sama seperti dalam buku Harry Potter yang terakhir dan membuat saya tidak sabar untuk menunggu part 2 filem itu... Saya lebih suka Harry Potter yang filemnya sebijik sama dengan buku kerana saya sangat suka buku Harry Potter.... Hadirnya Harry dalam hidup saya amat bermakna sekali dan kalau hendak dikatakan dialah cinta pertama saya yang ALLAH SWT anugerahkan pada saya dan saya amat bersyukur...terima kasih ALLAH SWT..saya juga ingin berterima kasih kepada kawan saya sewaktu di sekolah dulu kerana telah mengenalkan saya pada Harry Potter....kamsahamida Lala Nabila!!..

                Akhir kata, maaflah kalau saya agak mengarut tapi kalu bercerita bab Harry Potter mang takkan abis kerana Harry Potter mang tidak akan pernah hilang di hati saya InsyALLAH.. Tapi saya tetap menyayangi dan menghargai setiap insan yang hadir dalam hidup saya..terima kasih kerana mewarnai hidup saya wahai sahabat saya sekalian....saranghae!!!!

Suara Hati
18 Muharram 1432
21:33

Comments

Popular posts from this blog

Kill me, heal me

Dreams and fantasies

New journey…