Throughout the life

Assalamualaikum ince blog..
Too much things happen but today i want to tell you how i have been thinking..
Bila waktu susah sesorang itu tidak bersama kita, adakah wajar untuk kita bergantung harap padanya lagi bila kita susah, bila kita perlukan teman untuk berbicara. Maka, bila itu terjadi, saya tidak lagi mengharap dia berkata, "awak ok ke?nak saya tolong tak?". Dengan sendirinya saya faham, saya tak bole berkongsi rasa dan berharap dia akan cuba memahami saya. Saya tak perlu lagi berharap pada satu pengharapan palsu. Saya penat, maka saya cari seseorang yang bole membantu saya tak kira masa bila saya perlukan pertolongan. Hanya dia yang bertanya,"awk ok ker? Sy bole tolong awak kalau awk nak". Maka, bila saya rasa amat dan perlukan pertolongan dari seorang insan, saya akan minta pertolongan dari dia.
Sepanjang saya di palam, bagi saya ini adalah masalah yang sy perlu berkongsi walaupun pada luaran, saya nampak ok.
Pertama, waktu laptop sy rosak, saya sedih sangat sampai sy bole tertido sambil menangis. Saya tak tahu mahu minta pertolongan siapa sbb bagi sy bila laptop sy rosak, sy seperti kehilangan seorang kawan dekat. Tak ada sesiapa pon tanya saya, "awk nak baiki tak laptop awak? Sy knal tempat baiki laptop yg elok." Saya pendam semuanya sendiri, saya berusaha sendiri untuk baiki laptop sy. Akhirnya sy dapat juga baiki laptop sy, syukur sgt2. Bila laptop sy da siap, barula sy tahu yang bole baiki dgn tehnician uitm, tu pon sy tahu bila kawan sy yang tadi beritahu pada sy bila saya merungut padanya tentang harga format laptop. Sy tak beritahu padanya laptop sy rosak. Salah sy sbb tidak beritahu padanya terlebih awal. Sy cuma merungut pada orang sekeliling sy, tpi mereke langsung tidak memberitahu saya soal itu. Hanya bila sy beritahu yg sy patut format dgn uitm, barulah mereka kata mereka da lame tahu cuma tak beritahu pada sy. Waktu itu, hati sy sangat terkilan, sy berkata dalam hati, inikah yang dinamakan kwn? Tapi, lama-lama sy anggap ini takdir dan sy positifkan diri, mungkin mereka terlupa. Tak mengapa, lumrah manusia. Tak sesiapa perlu disalahkan cuma sy yg bersalah kerana menganggap mereka tempat sy bole bergantung harap. Ternyata mereka tidak. Salah saya sendiri mengharap terlalu tinggi.
Kedua, semasa telefon sy hilang di airport, sy terkejut dan sedih tapi hati sy tenang. Air mata sy tidak menitik walau satu pon. Sampai skrg sy trauma bila hal melibatkan barang, terutamanya telefon. Selepas beberapa hari barulah sy bole menangis bila memirkan yang negatif tentang telefon itu, selepas harapan sy untuk menemui telefon itu sudah tiada, maka sy berserah. Waktu itu, sy sangat memerlukan kata-kata semangat dari orang yang paling hampir dgn sy tapi tiada sesiapa pon yang berkata atau menghulurkan bantuan "tak ape la awak, mungkin Allah swt ingin yang lebih baik untuk awak, jom, sy temankan awak cari telefon baru " Hanya kwn yg jauh kata begitu pada sy, masa itu sy rasa sgt terharu , ada lagi kwn yg prihatin dgn sy. Waktu itu jugalah semua perkara cuma diberitahu melalui wasep sbb baru permulaan semester. Tiada sesiapa inform pada sy, sedangkan sewaktu telefon sy hilang, satu kelas tahu. Orang yg paling hampir dengan sy pon tidak berkata apa- apa sehingga sy tahu sendiri dan semuanya sudah terlambat. Waktu itu sy sedar, sy tidak lagi bole bergantung harap pada sesiapa even orang yg paling hampir dengan sy sbb kita tak tahu sedekat mana dia dgn kita. Pandangan manusia itu berbeza. Sy pandang dia sebagai kwan paling dekat, tapi mungkin dia pandang sy cuma sekadar kawan biasa.
Ada lagi satu masalah sy yg besar cuma ia terlalu peribadi untuk diluahkan disini.
Setiap hari ada masalah baru cuma ini adalah masalah yg besar bagi sy yg membantu sy menilai sejauh mana nilai sy pada orang lain. Setiap pengalaman mematangkan kita dan kita ambil pengajaran bagi setiap peristiwa yang berlaku dalam hidup ini.
Setelah berfikir panjang, sy membuat keputusan untuk tidak rapat lagi dengan sesiapa supaya sy tidak kecewa di kemudian hari. Sy jadikan diri sy seperti sy yang dulu, seorang yg pendiam dan sangat berahsia. Sy berubah supaya sy tidak lagi melukakan hati sy sendiri. Sy mahu hidup dalam dunia sy sendiri, bercakap hanya bila perlu sahaja supaya mereka tidak terluka dan sy juga tidak.
Setiap orang punyai sebab jika dia berubah, dan sebab itu tak perlu diluahkan pada orang yang tidak memahami dan juga orang yg prejudis. Cuma sy mohon Allah swt kuatkanlah hati saya untuk melalui semua ini.

#rahsiahatisaya
#apayangsyrasakamutidakrasa

Comments

Popular posts from this blog

Dreams and fantasies

Kill me, heal me

New journey…