Jangan Bersedih

Semangat dan azam untuk hidup hari ini tanpa kesedihan, tanpa keresahan , tanpa kemarahan, tanpa kedengkian, dan tanpa kebencian...maka hati akan sembuh...

                Sy baru membaca sedikit buku Jangan Bersedih...tetapi sudah banyak pengajaran untuk diri ini...Dalam buku tuh kata kita tak boleh terus mengingat masa lalu kerana masa itu tak mungkin akan kembali lagi dan kita juga tak mungkin dapat mangubah apa yang terjadi kerana kalau kita ubah mungkin hidup seseorang akan berakhir...mungkin juga kita telah merosakkan kebahagiaan orang lain...

Sanggupkah kita hidup bahagia dan gembira atas penderitaan orang lain..??mungkin kita berasa bahagia tapi adakah oarang di sekeliling kita kan bahagia...hati manusia itu bukan mudah untuk ditebak...bukan mudah untuk dipercayai juga... jadi kita harus sentiasa pandang ke depan... Setiap yang pernah berlaku dalam hidup kita haruslah kita jadikan pangajaran dan iktibar supaya perkara yang sama tidak berulang lagi...justeru itu jadikanlah waktu yang kita ada sekarang saat yang paling bahagia untuk kita kerana hari esok masih belom tentu lagi untuk kita.. dengan itu kita tidak akan menyesal dan akan mempunyai kenangan yang indah dalam hidup kita..ini juga akan membuat kita sentisa pandang ke depan dan tidak lagi menoleh menyesali perbuatan masa lalu kita... Ini nasihat untuk diri ini yang kadangkala berasa menyesal dengan jalan hidup sekarang meskipun jauh di sudut hati mengatakan bahawa ALLAH SWT telah merancang yang terbaik untuk saya... Saya tidak boleh menyesal kerana ini jalan yang saya pilih meskipun agak sukar.. Saya harus dan wajib melalui dan menyusuri jalan ini sehingga ke penghujungnya dan mencapai impian saya...

Semua itu hanya boleh berlaku dengan izin ALLAH SWT..ingatlah wahai diri bahawa setiap yang berlaku itu hanya dengan izin ALLAH SWT....kerana tanpa DIA siapalah diri ini...sekian..

24 Zulhijjah 1431

Comments

Popular posts from this blog

Kill me, heal me

Dreams and fantasies

New journey…