Denyut Kasih Medik



Assalamualaikum semua..

As always, sy akn cerita tentang novel yang sy baru habis baca..novel terbaru ialah Denyut Kasih Medik karya Dr Farhan Hadi bin Mohd Taib..disini sy ingin rekomenkan novel ini buat semua bakal doktor2..hehe..



Novel ini menceritakan mengenai kehidupan seorang doktor pelatih yang melalui setiap detik dengan niat untuk beribadah kepada ALLAH SWT..meskipun tugasnya sepanjang housemanship training sangat sibuk dan terlalu meletihkan, die sentiasa sempat untuk melakukan ibadat kepada Tuhan..sy sangat kagum dengan sifat dan peribadi watak Dr Muslih dalam novel ini..

Selain itu, diselitkan juga soal cinta yang dibenarkan syariat. Bagi sy ia sangat sweet. Dalam novel ini menunjukkan cinta yang sebenar dan amat suci dan hanya selepas nikah. Sangat comel..

Pada pandangan sy, penulis berjaya mewujudkan watak yang boleh memberi panduan kepada orang lain..terima kasih penulis..penulis juga merupakan suami Fatimah Syarha yang merupakan seorang novelis yang berdakwah melalui tulisannya..

Lupe plak, nak cakap..sy pinjam novel ini kat perpustakaan kat kawasan rumah saya..yang kat gambar tulah nama perpustakaan tu..

Akhir kata, novel nie adalah novel feveret Lihayaati Mat Isa..dan segala kredit jatuh pada dia kerana telah menyuruh sy untuk membaca novel ini..terima kasih my beloved chingoo. Sy memang dah jatuh cinta kat novel ini. Sy harap semua orang akn mencuba untuk menjadi seperti watak utama novel ini. Tak semestinya orang yg de title ustaz je,kite bole buat rujukan, kita juga boleh merujuk kepada orang len yang ilmu agamanya menyamai seoarang ustaz..

Sekian..salam sayang buat semua yang sudi singgah di sini..

23:08
April 18, 2012

Comments

Popular posts from this blog

Something you can’t control...

Kill me, heal me

Dreams and fantasies