Tips cegah rambut hilang…


Assalamualaikum semua



Rambut adalah mahkota wanita kan, so, kena la jaga rambut dgn betul supaya rambut tak hilang…hehe..gugur..

1)      Pertama, kita hendaklah dapatkan nutrisi yg seimbang untuk rambut kita tuh. Selain drpd jaga makan, kita juga boleh guna krim atau kapsul rawat rambut yg ada kat farmasi dan salun.
2)      Air,protein, biotin, vitamin A, B6, B12, C, zat besi, asid lemak omega 3, zink, kalsium, asid folik dan magnesium penting untuk kekalkan kesihatan kulit kepala dan rambut.
3)      Gunakan hujung tapak jari anda untuk urut kulit kepala. Urutan ini boleh dibuat sewaktu mencuci rambut secara pergerakan bulatan, ini membantu peredaran darah pada kulit kepala dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
4)      Sikat rambut dgn lembut kerana ia membantu memecahkan minyak2 pada kulit kepala. Kita seharusnya meyisir rambut 100-200 helai pagi dan malam.
5)      Kita juga hendaklah mengelakkan terdedah kepada cuaca yg terlalu panas dan berangin. Penggunaan peralatan penggayaan rambut juga hendaklah dikurangkan seperti pengering rambut, curling iron ataupun mencuci rambut menggunakan air panas.
6)      Memakai topi yg ketat juga perlu dielakkan kerana ia hanya akan mengakibatkan peredaran darah terganggu
7)      Kita juga hendaklah mengelakkan stress yang terlampau kerana ia juga adalah punca rambut gugur.
8)      Kurangkan mewarna rambut kerana ia juga didapati boleh merosakkan rambut.
9)      Tekanan terhadap rambut juga hendaklah dielakkan, oleh itu sikatlah rambut anda dengan lembut ye.
10)  Rawatan yg paling mudah untuk rambut gugur ialah dapatkan tidur yg secukupnya.
11)  Selepas cuci rambut, jangan lupa gunakan perapi rambut ye. Hujung rambut yg bercabang juga haruslah sentiasa dipotong.
12)  Yang terakhir, jika anda masih mengalami keguguran rambut, segeralah berjumpa pakar dermatologi untuk mendapatkan nasihat berkaitan masalah rambut anda.

~segala masalah ade penyelesaiannya, tapi adalah lebih baik kita mencegah daripada merawat. Selamat mencuba..salam sayang dari sy..:)
~kredit kpd majalah Rapi JAN11
~closure with this..:))



17:19
April 22, 2012

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Kill me, heal me

Dreams and fantasies

New journey…